Posted on Leave a comment

5 Cara Merawat Bunga Mawar Agar Cepat Berbunga

Cara merawat bunga mawar agar cepat berbunga

Cara merawat bunga mawar agar cepat berbunga – Penjagaan pokok bunga mawar yang rapi biasanya bermula selepas anak-anak pokok dipindahkan ke pasu kekal dari tapak semaian.

Salah satu cabaran terbesar yang kerap dialami pengusaha bunga ialah apabila ada sebahagian anak pokok terkena penyakit daun berbentuk bintik-bintik hitam.

cara merawat bunga mawar agar cepat berbunga
Contoh daun pokok bunga mawar yang terkena penyakit bintik-bintik hitam

Bagi yang tidak yang mempunyai apa-apa pengalaman dalam penanaman bunga ros dari biji benih atau keratan apatah lagi dalam aspek cara merawat bunga mawar agar cepat berbunga, anda pasti sakit kepala memikirnya.

10 Langkah dan cara merawat bunga mawar agar cepat berbunga

Di sini, kami akan berkongsi langkah-langkah penanaman bunga mawar dari keratan batang dan juga cara merawat bunga mawar agar cepat berbunga, dan bentuk bunga yang dihasilkan cantik serta segar.

Ikuti langkah-langkah cara menanam dari keratan batang dan merawat bunga mawar dengan teliti di bawah:

1. Beli atau dapatkan batang pokok bunga mawar yang sihat, segar dan sudah matang dari pengusaha bunga. Pastikan batang yang dibeli masih mempunyai daun yang belum dipotong.

2. Untuk memulakan proses pembiakan, potong batang tersebut menjadi keratan dengan ukuran 150mm setiap satu. Jangan buang daun sediada, sebolehnya tinggalkan minimum 2 set daun di bahagian atasnya.

3. Selepas itu, rendam semua keratan yang sudah dipotong dalam air bersih yang tidak mengandungi sebarang klorin dan biarkan kira-kira 1 jam.

4. Langkah seterusnya, ambil satu persatu keratan batang yang sudah dibersihkan dan kikis 30mm kulit di bahagian bawahnya menggunakan pisau yang tajam. Lakukan langkah ini dengan teliti dan perlahan bagi mengelakkan batang terlebih potong.

5. Sediakan botol dan isikan dengan hormon pengakaran, kemudian rendam keratan batang yang sudah dikikis. Biarkan ia terendam sementara bekas semaian disediakan. Bekas semaian yang hendak disediakan perlu mempunyai lubang kecil di bahagian bawahnya untuk pengaliran air keluar.

6. Masukkan tanah gembur yang sudah dicampur dengan baja organik ke dalam bekas tersebut dan buat satu lubang kecil di tengah-tengahnya sebesar diameter keratan batang bunga mawar tadi menggunakan tetulang besi bulat. Kedalaman lubang itu ialah kira-kira 75mm hingga 100mm.

7. Pacak keratan batang yang sudah direndam dalam hormon pengakaran ke dalam lubang yang disediakan pada langkah 8 dan padatkan secara perlahan di sekelilingnya.

8. Susun semua bekas semaian ke dalam kotak plastik lutsinar pada jarak 50mm antara satu sama lain. Kemudian siram setiap bekas dengan penyembur bagi mengekalkan kelembapan. Ingat, jangan tuang air terus ke dalam setiap bekas kerana keratan batang akan mudah layu dan mati.

9. Selepas selesai menyembur, tutup kotak plastik lutsinar itu dengan menggunakan pembalut makanan, hanya tinggalkan sedikit ruang kecil untuk pengudaraan dan kemudian diletakkan di tempat terbuka yang tidak menerima pencahayaan terus (secara langsung) dari cahaya matahari.

10. Keratan batang itu biasanya akan mula mengeluarkan tunas baru antara 5 hingga 10 hari. Pastikan tunas baru itu sudah pecah dan daunnya menjadi matang sebelum dipindah ke pasu baru.

Posted on Leave a comment

Cara Menanam Benih Bunga Mawar Pelangi

cara menanam benih bunga mawar pelangi

Cara menanam benih bunga mawar pelangi – Bunga mawar merupakan satu daripada bunga paling diminati ramai bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia malah seluruh dunia kerana warna-warni dan bau aromanya yang menyegarkan.

Ironinya, bunga mawar dilihat lebih banyak dihasilkan secara tiruan berbanding ditanam secara hidup disebabkan kerumitan proses penanaman dan penjagaannya bermula dari biji benih hingga membesar dan berbunga.

Selain itu, kuntum bunga mawar juga mudah layu dan tidak tahan lama berbanding bunga lain seperti bunga matahari.

Bagi yang tidak tahu, bunga mawar juga dikenali sebagai bunga ros (rose flower). Salah satu jenis bunga mawar yang kini semakin popular ialah bunga mawar pelangi. Tak ramai pernah dengar jenis bunga ni kan!

cara menanam benih bunga mawar pelangi
Bentuk kuntum bunga mawar pelangi yang berwarna-warni macam pelangi

Pengenalan Cara Menanam Benih Bunga Mawar Pelangi

Jika anda adalah seorang penggemar bunga hidup, menanam bunga mawar hidup pasti menjadi pilihan utama bagi menjamin kepuasan diri sendiri.

Secara umum terdapat tiga cara menanam bunga mawar pelangi agar dapat berbunga dengan sihat dan cantik.

  • Menanam bunga mawar dari biji benih
  • Menanam bunga mawar dari keratan batang (stek)
  • Menanam bunga mawar menggunakan pasu kekal

Cara menanam benih bunga mawar pelangi paling mudah bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam penanaman bunga dan tidak memiliki kemahiran menanam menggunakan keratan batang.

Biji benih boleh dibeli di kedai atau pasaraya berdekatan atau membeli terus dari pengusaha bunga bagi menjamin kualiti terbaik biji benih bunga mawar.

Tiga (3) langkah cara menanam benih bunga mawar pelangi

Terdapat tiga langkah utama dalam proses penanaman bunga mawar dari biji benih yang lazimnya dilakukan pengusaha bunga.

Antaranya, penyediaan biji benih, penyemaian biji benih dan pemindahan anak pokok (bibit) dalam pasu kekal.

cara menanam benih bunga mawar pelangi
Proses penyediaan biji benih bunga mawar

Penyediaan biji benih

Cara menanam benih bunga mawar pelangi yang pertama ialah penyediaan biji benih. Sebelum menyemai biji benih bunga mawar, ia perlu disediakan dengan teliti bagi menjamin peratus percambahan yang tinggi ketika menyemai.

Mari ikuti cara-cara menyediakan biji benih yang betul.

1. Ketika membeli dari kedai, pasaraya, pembekal atau pengusaha, pastikan bentuk biji benih cantik, segar dan tidak hancur

2. Kemudian, lakukan proses strafikasi ke atas biji benih yang sudah dibeli. Caranya ialah dengan memasukkan ke dalam bekas semaian yang mengandungi tanah hitam pada kedalaman kira-kira 6mm. Pastikan tapak semaian itu mempunyai ketebalan (kedalaman) antara 75mm hingga 100mm.

3. Siram bekas semaian dengan menyembur sedikit air untuk mengekalkan kelembapan. Elakkan menyiram dengan air sehingga biji benih tenggelam dalam bekas agar tidak rosak.

4. Seterusnya, bungkus bekas semaian dengan beg plastik putih dan simpan dalam peti penyejuk selama 10 hingga 20 minggu, bergantung kepada kesabaran anda.

cara menanam benih bunga mawar pelangi
Menyemai biji benih bunga dalam bekas semaian

Penyemaian biji benih

Cara menanam benih bunga mawar pelangi yang kedua ialah penyemaian biji benih. Selepas biji benih melalui proses strafikasi yang lengkap, langkah menyemai ke tapak semaian perlu segera dilakukan tanpa membuang masa.

Mari ikuti langkah-langkah penyemaian biji benih yang betul.

1. Sediakan tapak semaian dengan menggemburkan tanah. Campurkan tanah yang sudah digembur dengan sekam kuning (kulit padi) dan baja organik pada nisah 1:1:1.

2. Kemudian gaul kesemuanya sampai sekata dan sebati.

3. Seterusnya, masukkan campuran dari ketiga-tiga bahan itu ke dalam polibag berukuran sederhana besar.

4. Semai biji benih ke dalamnya pada kedalaman kira-kira 10mm.

5. Kemudian, siram polibeg itu dengan sedikit dengan air untuk mengekalkan kelembapan.

6. Letakkan polibeg itu di tempat terbuka yang kurang berangin serta tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

7. Akhir sekali, tunggu biji benih mawar bercambah menjadi anak pokok (bibit). Biasanya akan mengambil masa 3 hingga 21 hari.

cara menanam benih bunga mawar pelangi
Biji benih bunga mawar yang bercambah menjadi anak pokok

Pemindahan anak pokok (bibit) dalam pasu kekal

Cara menanam benih bunga mawar pelangi yang ketiga ialah pemindahan anak pokok dalam pasu kekal. Langkah pemindahan anak pokok dalam pasu kekal boleh terus dilakukan jika terdapat anak pokok yang berjaya tumbuh dengan sihat dan segar.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Pilih anak pokok yang sihat, segar dan daunnya hijau berkilat.

2. Pindahkan ke dalam pasu kekal satu per satu menggunakan sudu.

3. Tujuan sudu digunakan ialah sebagai langkah selamat untuk mengurangkan risiko tangan tersentuh akarnya hingga menyebabkan anak pokok layu dan mati.

4. Pastikan semua pasu kekal yang digunakan telah diisi dengan tanah liat berpasir gempur yang siap dicampur dengan baja organik.

5. Seterusnya, sembur setiap pasu dengan air bersih tanpa klorin untuk mengekalkan kelembapan.

6. Kemudian letakkan semua pasu tersebut di tempat terbuka yang tidak berangin dan mempunyai pengudaraan baik.

7. Pastikan tempat letak yang dipilih tidak terdedah secara langsung dengan cahaya matahari.

8. Ingat! Jangan dedahkan pasu-pasu tersebut terus kepada cahaya matahari atau menyiram air secara berlebihan kerana risiko biji benih tidak bercambah sangat tinggi.

9. Jika usia pokok bunga sudah mencecah 8 minggu, kerja-kerja membaja boleh dilakukan. Gunakan baja organik yang sederhana kuat.

10. Langkah menyiram, memantau dan menjaga tumbesaran anak pokok bunga mawar perlu dilakukan secara konsisten dan penuh disiplin sehingga pokok berbunga.

11. Biasanya, pokok bunga mawar akan mula mengeluarkan tunas seawal usia 2 atau 3 bulan.

cara menanam benih bunga mawar pelangi
Bunga mawar berbunga cantik dan sihat

Langkah Penjagaan Rapi Bunga Mawar Pelangi

Selain teknik atau cara menanam benih bunga mawar pelangi yang betul, penjagaan rapi anak-anak pokok yang berjaya hidup amatlah penting dan sangat perlu dititikberatkan.

Fasa paling kritikal bermula selepas anak benih yang berusia 1 hingga 3 minggu dipindahkan ke dalam pasu kekal secara berasingan sehingga membesar dan berbunga sepenuhnya.

Langkah-langkah penjagaannya adalah termasuk:

1. Merawat anak pokok yang terkena penyakit dengan teliti menggunakan racun serangga yang disarankan pengusaha bunga atau di mana sahaja anda membeli biji benih

2. Pembajaan secara konsisten menggunakan campuran baja organik dari ikan, beras, kulit pisang dan sekam padi berwarna kuning).

3. Menyiram dengan air sebanyak dua kali sehari (pagi dan petang) secara tidak berlebihan agar dahan anak pokok tidak patah atau terdedah kepada risiko pelbagai penyakit.

4. Tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari (purata suhu yang disarankan ialah 21 darjah celsius)

5. Letakkan di tempat yang mana persekitaranya tidak berangin

6. Letakkan di tempat yang mempunya pengudaraan yang baik

Kesimpulannya, cara menanam benih bunga mawar pelangi tidaklah begitu rumit berbanding teknik keratan batang. Kaedah ini boleh dilakukan semua ‘newbie’ yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penanaman bunga.

Harapan dari kami! Semoga anda success dalam percubaan-percubaan anda. Jangan mudah berputus asa walaupun tidak berjaya pada awalnya.