Posted on Leave a comment

7 Tips Penjagaan Pokok Bunga Lili

tips penjagaan pokok bunga lili

Tips penjagaan pokok bunga lili – Pokok bunga lili merupakan antara bunga paling popular yang banyak diusahakan di Malaysia kerana bentuk kelopak bunganya yang besar, mempunyai beberapa belalai kecil dan nampak menyerlah.

Selain memiliki aroma bau harum, bunga lili juga sesuai ditanam untuk semua jenis rekabentuk taman bunga samada klasik, kontemporari dan lain-lain.

Bagi anda yang memasang niat untuk menanam sendiri bunga ini, terdapat beberapa tips penjagaan pokok bunga lili yang perlu anda tahu.

Senarai Tips Penjagaan Pokok Bunga Lili

1. Anak pokok bunga lili yang sedang membesar perlu didedahkan kepada cahaya matahari yang cukup untuk mempercepatkan proses pengeluaran bunga.

2. Elakkan menyiram pokok terlalu kerap kerana dahan bunga lili sangat lembut dan mudah patah. Cukup sekadar 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang (senja).

3. Bagi mengelak serangan serangga pada daun pokok sehingga menjadi bintik-bintik hitam, adalah disarankan untuk meracun pokok bunga lili sekurang-kurangnya 2 kali sebulan menggunakan racun organik. Jangan gunakan racun kimia kerana daun bunga akan mudah melecur dan akhirnya pokok layu dan mati.

tips penjagaan pokok bunga lili
Bentuk kelopak bunga lili yang sihat dan warnanya cerah

4. Bagi meningkatkan kesuburan pokok bunga, tabur baja organik sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Jika anda memilih untuk menggunakan baja kimia, elakkan menabur baja terlalu dekat dengan pokok bunga atau sehingga terkena daun bunga. Takut daun tu melecur pulak!

5. Potong semua daun yang berwarna kekuningan, hanya tinggalkan daun hijau berkilat. Begitu juga, selepas pokok lili habis berbunga, potong dahan daunnya untuk mengalakkan pertumbuhan tunas bunga baru.

6. Bagi anda yang tidak tahu, pokok bunga lili ini agak unik kerana boleh menghasilkan sejenis bawang yang akan berakar dan boleh disemai semula. Warna bawang setiap pokok tidak sama, ada yang berwarna merah, kuning dan sebagainya, bergantung kepada warna bunga yang dihasilkan.

7. Lakukan kerja-kerja menggembur tanah sebelum menyiram pokok bunga dan akhir sekali barulah anda menabur baja seperti diterangkan dalam tips ke-4.

Leave a Reply

Your email address will not be published.