Posted on Leave a comment

Cara Menanam Bunga Matahari

cara menanam bunga matahari

Cara menanam bunga matahari – Sebelum mula menanam bunga matahari, pastikan anda membeli atau mendapatkan biji benih yang betul daripada kedai berdekatan. Elakkan membeli biji benih berbentuk kuaci kerana ia tidak akan tumbuh walaupun ditanam dengan cara yang betul.

Cara menanam bunga matahari yang betul

Kat sini kami kongsikan cara menanam bunga matahari yang betul. Langkah pertama, pastikan biji benih yang telah dibeli tidak terus disemai di atas tanah. Ia mungkin mengandungi kulat atau bakteria yang berbahaya. Untuk langkah selamat semua biji benih perlu dijemur di bawah cahaya matahari terlebih dahulu sehingga kering.

cara menanam bunga matahari
Bentuk biji benih pokok bunga matahari

Sementara menunggu kering, anda boleh mula menggembur tanah yang telah ditabur dengan baja kompos. Tanah yang sudah digembur perlu dibasahkan dengan air secukupnya. Teruskan langkah ini dengan menyemai biji benih di atas tanah tersebut.

Pastikan biji benih matahari terdedah penuh kepada cahaya matahari, elakkan terdedah secara melampau kepada angin.

Biarkan biji benih tumbuh menjadi bibit (anak benih) sehingga mencapai ketinggian sekitar 1.5 inci hingga 2 inci (dengan beberapa helai daun) sebelum memindahkan satu per satu ke dalam bekas (pasu) berasingan atau ditanam terus di atas batas tanah yang sudah disediakan.

Pemindahan anak pokok ke batas semaian

Minimum jarak antara anak benih bunga matahari yang ditanam di atas batas tanah ialah 3 kaki bagi membolehkan anak-anak pokok membesar dengan subur dan tidak bersaing sesama sendiri.

Jangan lupa siram anak benih yang sudah ditanam dengan air, sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan petang) dan tunggu ia berbunga. Kebiasaannya, pokok matahari akan mula mengeluarkan tunas bunga ketika usia mencecah 8 hingga 12 minggu.

cara menanam bunga matahari
Bentuk tunas baru bunga matahari yang semakin untuk berbunga

Pada peringkat ini, semua anak pokok perlu ditabur dengan baja, sekurang-kurangnya sekali sehari, bergantung kepada kemampuan bajet anda, agar tunas bunga akan mengembang dengan sihat.

Anda disarankan untuk memotong dan membuang mana-mana tunas bunga yang terkena penyakit atau kurang baik boleh mengelak jangkitan ke atas tunas lain (tunas baik).

FAKTA MENARIK!

Tahukah anda, hampir 90 peratus pokok bunga matahari akan menghadap cahaya matahari pada fasa berbunga. Menarik bukan?

cara menanam bunga matahari
Taman bunga matahari terbesar di Thailand
Leave a Reply

Your email address will not be published.