fbpx
cara menanam bunga belon

Cara Menanam Bunga Belon

Cara menanam bunga belon – Bunga belon (balloon flower) merupakan salah satu jenis bunga paling dimintai para penggemar bunga di Malaysia dan Indonesia. Nama saintifik bunga ini ialah Platycodon grandiflorus. Pernah dengar tak?

Apa yang menarik tentang bunga belon? Campuran warna ungu, putih dan biru bunga belon menjadikan ia begitu menonjol berbanding bunga lain andaikata dipamerkan di taman bunga atau di halaman rumah anda.

cara menanam bunga belon
Kuntum bunga belon yang segar kebiruan

Disebabkan itu, para penggemar bunga sanggup mencuba pelbagai teknik atau cara menanam bunga belon ini untuk dijadikan koleksi atau dijual. Walau bagaimanapun hanya sekitar 35 peratus yang berjaya, dan selebihnya terus menemui jalan buntu.

Dua (2) Cara Menanam Bunga Belon

Sebenarnya terdapat dua cara menanam bunga belon yang boleh dipraktiskan iaitu menanam terus dari biji benihnya yang diestrak segar dari kelopak kering bunga belon atau dengan membelah menjadi dua bibit pokok bunga belon yang sudah matang.

Menanam Biji Benih Bunga Belon

Bagi kaedah ini, ia memerlukan anda mengestrak biji benih terus dari kelopak bunga belon yang sudah mati dan menjadi kering sepenuhnya. Caranya ialah dengan mematahkan secara perlahan pod kecil yang terletak di pusat jejari bunga belon dan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik.

cara menanam bunga belon
Bentuk biji benih pokok bunga belon

Pod kecil tersebut, jika dipotong dua, akan mengeluarkan ratusan biji benih berwarna coklat yang kelihatan seperti butiran kecil seakan biji padi hancur. Menarik bukan?

Biji benih yang berjaya diestrak boleh terus ditanam di atas tanah lokasi pilihan anda tanpa perlu disediakan secara rapi seperti bunga ros. Lokasi tanah yang dipilih mestilah terdedah sekurang-kurangnya separuh kepada cahaya matahari.

Sebelum menabur biji benih, anda perlu menggali tanah tersebut sedalam 3 inci. Seterusnya, tabur benih bunga belon secara seragam di atasnya dan kemudian siram dengan air secukupnya.

Biji benih itu akan mula bercambah dalam masa dua minggu. Untuk mengelakkan bibit bunga belon menjadi layu dan mati, tanah perlu dipastikan sentiasa lembab dan tidak kering.

Dalam kebanyakkan kes, pokok bunga belon yang sudah matang akan mula berbunga dalam tempoh satu tahun.

Membelah Bibit Pokok Bunga Belon Matang Menjadi Dua

Selain menanam biji benih, satu lagi cara menanam bunga ini ialah dengan membelah menjadi dua bibit pokok bunga belon yang sudah matang.

Kaedah ini agak sukar dan cukup mengelirukan kerana bunga belon biasanya mempunyai akar pokok yang panjang dan tidak boleh disentuh atau terpotong.

cara menanam bunga belon
Anak pokok bunga belon yang sedang berbunga

Jika anda memilih untuk mencuba cara ini, pastikan pokok bunga yang hendak dibelah itu betul-betul sihat dan segar.

Untuk kaedah ini, langkah pertama ialah dengan mengorek tanah pada jarak sekurang-kurangnya 12 kaki dari akar utama pokok.

Tujuannya ialah bagi mengurangkan kadar gangguan ke atas akar utama pokok bunga tersebut. Tinggi pokok bunga yang hendak dibelah dua itu adalah dalam lingkungan 6 inci.

Langkah seterusnya, belah akar utama bunga itu menjadi dua dan tanam dalam pasu berasingan. Pastikan kedua-dua akar utama sentiasa lembap sehingga sepenuhnya ditanam dalam tanah. Jangan lupa siram pokok sehingga tumbuh dan membesar.

cara menanam bunga belon
Kuntuman bunga belon yang segar kebiruan

Leave a Reply

Your email address will not be published.