Posted on Leave a comment

7 Jenis Bunga Termahal Di Dunia Sepanjang Zaman

7 jenis bunga termahal di dunia

7 Jenis bunga termahal di dunia – Mungkin anda terfikir adalah amat mustahil mana-mana jenis bunga hidup di dunia mampu terjual dengan harga sehingga mencapai puluhan juta ringgit.

Nampak macam tak masuk akal kerana kuntuman bunga hidup secara logiknya tidak tahan lama dan mudah layu dan rosak walaupun dengan kaedah penjagaan yang terbaik.

Membeli kuntuman bunga yang mudah rosak dengan harga melampau hanya membazir wang dan sekadar mendapat kepuasan sementara.

Hanya orang yang betul-betul kaya dan sangat menggemari bunga yang sanggup berbelanja mewah seperti membeli sebuah kereta mewah.

Senarai 7 jenis bunga termahal di dunia

Mari kita lihat 7 jenis bunga termahal di dunia ini yang nampak biasa dan tidaklah secantik seperti bunga matahari, bunga mawar dan bunga lili namun berjaya dijual dengan harga yang amat menggerunkan.

No.7 – Bunga Krokus Saffron (RM4,000 – RM5,000 per kg)

Bunga ini jatuh di tangga ke-7 dalam kategori bunga termahal di dunia. Ia dikatakan lebih berharga daripada emas kerana mempunyai belalai berwarna terang kemerahan yang amat berguna sebagai rempah pedas dalam pelbagai jenis masakan di dunia.

Namun kerja-kerja mengestrak belalai bunga amat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Persekitaran pula mesti dalam keadaan tenang dan tidak berangin.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga Krokus Saffron

No.6 – Bunga Tulip (RM18,900)

Pada abad ke-17 di negara belanda, disebabkan bunga tulip paling banyak digunakan untuk berfesyen, popularitinya meningkat secara mendadak dan menjadi kegilaan orang-orang kaya pada zaman itu.

Dengan permintaan yang semakin meningkat, harga bunga ini turut meningkat sehingga pada satu ketika, harga bunga tulip dikatakan mampu menampung perbelanjaan sebuah keluarga selama 6 bulan.

Dahsyat betul harganya kan! Baik gunakan wang itu untuk melabur dalam perniagaan daripada membazir sesuka hati. Kini bunga tulip jatuh di tangga ke-6 dalam kategori bunga termahal di dunia.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga tulip

No.5 – Bunga Orkid Emas Kinabalu (RM19,900)

Bunga ini juga dikenali dengan nama saintifik iaitu Paphiopedilum rothschildianum. Ia dikategorikan sebagai spesis yang terancam dan hanya boleh ditemui di kawasan berpagar di Taman Negara Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Bunga orkid emas dikatakan mengambil masa lebih kurang 15 tahun untuk berbunga. Bentuk bunga ini menyerupai seekor sotong gergasi yang sedang berenang di permukaan laut. Secara rankingnya, bunga ini jatuh di tangga ke-5 dalam kategori bunga termahal di dunia.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga orkid emas kinabalu

No.4 – Bunga Orkid, Lili, Bulan & Fikus Berusia 100 Tahun (RM420,000)

Ini kedengaran agak janggal bagi anda namun gabungan semua empat jenis bunga ini sebagai hiasan khas untuk sebuah majlis perkahwinan di Amerika Syarikat (USA), harganya dikatakan mencecah RM420,000.

Sesiapa yang menyediakan pakej bunga perkahwinan ini boleh jadi jutawan dalam sekelip mata. Untung sangat kan!

Walaupun set bunga ini hasil gabungan empat jenis bunga berbeza namun tetap diiktiraf sebagai salah satu bunga termahal di dunia iaitu berada di tangga ke-4.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga orkid, lili, bulan & fikus berusia 100 tahun

No.3 – Bunga Orkid Shenzhen Nongke (RM840,000)

Bunga orkid jenis ini hanya berbunga sekali setiap 4 hingga 5 tahun. Nama Shenzhen Nongke diambil sempena nama universiti di mana ia dibiakkan dan dihasilkan.

Menurut sumber, saintis yang bertanggungjawab untuk menghasilkan bunga orkid shenzhen nongke dikatakan mengambil masa 8 tahun melakukan percubaan sebelum berjaya.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga orkid shenzhen nongke

Pada satu majlis lelong barangan pada tahun 2005, bunga ini berjaya dijual pada harga RM840,000.

Dengan harga jualan yang begitu melampau, ini meletakkan bunga orkid shenzhen nongke dalam kedudukan ke-3 sebagai bunga termahal di dunia yang pernah dijual sepanjang zaman.

Bagi anda yang tidak tahu, spesis orkid ini dikatakan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak berbanding bunga-bunga lain.

No.2 – Bunga Ros Juliet (RM53 juta)

Kuntuman bunga yang terhasil dari pokok ros juliet diisytiharkan sebagai bunga paling jarang ditemui di dunia dalam era moden ini.

Pada tahun 2006, seorang pengusaha telah menjual bunga ros juliet dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM53 juta selepas 15 tahun menunggu ia berbunga.

Ini meletakkan bunga ros ini dalam kedudukan ke-2 sebagai bunga termahal di dunia yang pernah terjual sepanjang zaman.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga ros juliet

No.1 – Bunga Kadupul Ajaib

Bunga kadupul dinobatkan sebagai No.1 dalam kategori 7 jenis bunga termahal di dunia. Bagi yang tidak tahu, kadupul ialah sejenis kaktus yang hanya boleh ditemui hutan tropika Sri Lanka.

Ia hanya berbunga pada waktu malam sekitar 10 atau 11 malam, dan dikatakan hanya boleh hidup selama lebih kurang 2 jam sebelum layu atau mati.

Tidak seperti bunga-bunga lain, spesis ajaib bunga ni tidak pernah dijual atau dinilai harganya kerana amat jarang ditemui. Oleh itu, kadupul telah diisytiharkan sebagai bunga yang tidak ternilai harganya atau dalam bahasa inggeris “priceless”.

7 jenis bunga hidup termahal di dunia
Bunga kadupul ajaib


Leave a Reply

Your email address will not be published.