fbpx
cara menanam bunga ros dari biji benih 1

Cara Menanam Bunga Ros Dari Biji Benih

Cara menanam bunga ros dari biji benih – Bunga ros merupakan antara tananam yang paling popular di Malaysia seperti bunga matahari kerana bunga ini sinonim dengan simbol cinta seseorang kepada pasangannya.

Biasanya seorang lelaki yang ingin membuktikan cintanya akan menghadiahkan sejambak bunga ros cantik yang dibungkus dan dihias rapi kepada si gadis idaman. Itu serba sedikit tentang bunga ros.

Nama lain bagi bunga ini ialah bunga mawar jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Terdapat dua bentuk bunga ros yang lazimnya dihasilkan iaitu dalam bentuk bunga hiasan dan bunga hidup.

Menghasilkan bunga ros hiasan tidak begitu rumit dan agak “straightforward” berbanding cara menanam bunga ros dari biji benih hingga berbunga walaupun memerlukan kemahiran tinggi. Ini kerana menanam bunga ros hidup memerlukan kos tinggi, kesabaran, penjagaan rapi dan kemahiran.

Tiga (3) Cara Menanam Bunga Ros dari Biji Benih

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi beberapa cara menanam bunga ros dari biji benih yang betul agar pokok dapat berbunga dengan lebat, cantik dan sihat.

Terdapat 3 langkah utama dalam proses penanaman bunga ros dari biji benih iaitu penyediaan biji benih estrak, penyemaian biji benih dan pemindahan anak benih dalam pot sehingga membesar, bertunas dan berbunga.

Penyediaan Biji Benih Estrak

Cara menanam bunga mawar dari biji benih yang pertama ialah penyediaan biji benih yang diestrak segar dan tidak hancur.

Mari ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sebelum memulakan proses menanam bunga ros dari biji benih, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menyimpan biji benih tersebut di tempat yang sejuk untuk jangka masa tertentu. Proses ini dipanggil stratifikasi. Pernah dengar tak proses ini?

2. Dalam langkah ini, biji benih bunga ros perlu dimasukkan di dalam dulang semaian yang mengandungi campuran tanah kompos (sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar) pada kedalaman kira-kira 7 mm. Dulang yang dipilih itu perlu mempunyai ketebalan lebih daripada 75 mm.

3. Jika anda mempunyai beberapa jenis biji benih ros yang ingin distrafikasikan serentak, asingkan dulang semaian tersebut mengikut jenis biji benih dan labelkan dengan nama setiap jenis bunga ros dan juga tarikh ia dimasukkan.

4. Pastikan dulang semaian berada dalam keadaan yang sangat lembab setiap masa. Elakkan merendam biji benih tesebut di dalam air. Bungkus setiap dulang dengan plastik beg, masukkan di dalam peti penyejuk dan biarkan selama 10 hingga 20 minggu.

cara menanam bunga ros dari biji benih
Menyemai biji benih dalam tapak semaian yang mengandungi campuran tanak kompos (sabut kelapa, pasir, sekam padi dan tanah bakar)

Penyemaian Biji Benih Dalam Tapak Semaian

Cara menanam bunga ros dari biji benih yang kedua ialah penyemaian biji benih ke dalam tapak semaian yang sudah disediakan lebih awal. Tanah dalam tapak semaian itu mestilah campuran tanah kompos (sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar).

Mari ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Selepas melalui proses strafikasi bagi selama 10 hingga 20 minggu, dulang semaian itu kemudiannya dikeluarkan dari peti penyejuk.

2. Biji benih dikeluarkan dari dulang dengan teliti dan cermat, kemudian disemai dalam tapak semaian yang sudah disediakan lebih awal.

3. Kedalaman biji benih itu disemai ialah kira-kira 7 hingga 10 mm. Pastikan tapak semaian berada di tempat terbuka yang sederhana panas dan tidak berangin dengan suhu sekitar 21 darjah celsius.

4. Biji benih akan mula bercambah seawal 2 atau 3 hari dan akan berterusan selama 2 atau 3 minggu. Ingat! Suhu tempat ia diletak perlu sentiasa dipantau dari masa ke semasa.

5. Jika langkah menyemai ini dilakukan dengan betul, kemungkinan besar 20 hingga 30 peratus biji benih bunga ros akan bercambah.

6. Harus diingat risiko biji benih tidak bercambah boleh mencapai sehingga 80 peratus. Jangan berputus asa jika anda tidak berjaya dalam percubaan awal. Teruskan usaha sampai success!

cara menanam bunga ros dari biji benih
Proses pemindahan anak benih ke dalam pot kekal menggunakan sudu

Pemindahan Anak Benih Dalam Pot Kekal

Cara menanam bunga ros dari biji benih yang ketiga ialah pemindahan anak benih yang sihat ke dalam pot kekal untuk proses tumbesaran seterusnya sehingga bertunas dan berbunga.

Mari lakukan langkah-langkah di bawah:

1. Selepas biji benih ros bercambah, pindahkan anak benih ke dalam beberapa pot kekal dengan cermat. Bilangan pot yang diperlukan untuk pemindahan ini bergantung kepada kuantiti anak pokok bunga ros yang berjaya tumbuh dengan sihat.

6. Anda diingatkan untuk tidak menyentuh akar anak pokok sepanjang proses pemindahan sebagai salah satu cara penjagaan bunga ros. Gunakan sudu untuk mengorek keluar anak pokok dari tapak semaian pada jarak kira-kira 30 mm dari batangnya.

7. Langkah seterusnya, tabur baja organik sederhana kuat ke atas setiap pasu dan pastikan anak pokok yang berjaya dipindah tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

8. Jika berlaku serangan penyakit, gunakan racut kulat untuk merawatnya, manakala anak pokok yang terkena penyakit lebih baik dihapuskan dan hanya menyimpan pokok yang tumbuh sihat dan daunnya hijau berkilat.

9. Selain itu, satu lagi cara penjagaan bunga ros ialah dengan memastikan anak pokok mesti disiram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang namun jangan sampai berlebihan atau terkena bunga. Ini kerana dahan pokok bunga ros yang masih muda tidak tahan dan mudah patah. Batang anak pokok yang terlalu lembab juga boleh mengundang pelbagai penyakit.

10. Tunggu anak pokok membesar dan berbunga. Biasanya pokok akan mula mengeluarkan tunas bunga seawal minggu ke-8 dan akan berbunga sepenuhnya beberapa minggu kemudian. Ada yang mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk berbunga penuh

cara menanam bunga ros dari biji benih
Pokok ros dalam fasa berbunga

Cara Penjagaan Bunga Ros Agar Subur

Selain cara menanam bunga ros dari biji benih yang betul, cara penjagaannya juga merupakan langkah yang sangat penting perlu dilakukan sepanjang proses tumbesaran anak pokok bunga agar dapat tumbuh dengan sihat dan subur.

Kat sini kami nak kongsikan beberapa cara penjagaan bunga ros agar subur sehingga menghasilkan bunga lebat yang cantik dan tidak pudar.

1. Lakukan proses membaja dengan menggunakan air campuran beras, ikan dan kulit pisang. Siram ke atas dahan anak pokok dengan cermat. Bagi yang tidak tahu, kulit pisang mengandungi zat potassium yang membantu mengekalkan atau meningkatkan kesuburan bunga. Kulit pisang juga boleh dipotong dalam saiz yang kecil dan ditanam dalam pasu berdekatan batang pokok bunga ros.

2. Cara penjagaan bunga ros seterusnya ialah proses menyiram pokok. Pastikan siram pokok bunga ala kadar dan tidak perlu berlebihan. Takut dahan anak pokok yang lembut itu patah. Batang pokok yang terlalu lembab pula mudah diserang pelbagai penyakit bunga. Lakukan langkah menyiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang.

3. Letakkan pasu bunga di tempat yang mempunyai pengudaraan baik namun tidak berangin dan tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Seperti yang kami tekankan sebelum ini, pantau suhu persekitaran tempat letak pasu agar darjah kepanasan tidak melambung tinggi melebihi 21 darjah celsius.

4. Bagi anak pokok bunga yang terkena penyakit, sembur racun serangga dalam kadar yang sedikit. Lakukan langkah ini setiap hari sampai anak pokok kembali subur. Jika tiada perubahan, lebih baik dihapuskan untuk mengelak jangkitan kepada anak-anak pokok yang lain.

cara menanam bunga ros dari biji benih
Memotong bunga ros yang sudah mekar sebelum mencantas pangkalnya

Sebagai kesimpulan, terdapat 3 langkah atau cara menanam bunga ros dari biji benih yang perlu dilakukan iaitu penyediaan biji benih dalam dulang semaian, penyemaian biji benih di tapak semaian dan pemindahan anak benih dalam pot kekal.

Bagi cara penjagaan bunga ros pula, terdapat 5 tips yang anda perlu dilakukan untuk memastikan pokok bunga ros berbunga lebat, cantik dan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.